GENEVA, 26 Sept: Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak perumahan pada Rabu menyatakan bahawa sejuta orang di Gaza memerlukan tempat perlindungan segera sebelum tiba musim sejuk.
HAMILTON (KANADA), 19 SEPT: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu secara majoriti meluluskan resolusi yang menggesa penamatan pendudukan "tidak sah" Israel dalam tempoh 12 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).
RAMALLAH, 14 SEPT: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya jenayah pendudukan Israel yang menyasarkan pelarian dan pekerja di kemudahan yang bergabung dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), yang terbaru pengeboman Sekolah Al-Jaouni di kem Nuseirat, Semenanjung Gaza.
KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Konvoi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dalam perjalanan untuk melaksanakan kempen vaksinasi polio penting bagi kanak-kanak di Bandaraya Gaza dan utara Gaza telah ditahan selama lebih lapan jam pada Isnin selepas kenderaan mereka dihentikan oleh tentera Israel.
BEIRUT, 30 OGOS: Kumpulan Hizbullah Lubnan berkata pada Khamis, pejuangnya melancarkan operasi ke atas 10 tapak tentera Israel di sepanjang sempadan Lubnan, lapor Agensi Anadolu (AA).
HAMILTON (Kanada), 13 OGOS: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin mengutuk serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah di Gaza yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh.
Oleh Shakir Husain NEW DELHI, 12 OGOS: Pakistan pada Ahad menyertai gesaan antarabangsa agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya di Gaza, dengan kekejaman terbaharu melibatkan pembunuhan hampir 100 rakyat Palestin di sebuah sekolah pada Sabtu. "Menyerang sekolah yang padat dengan...
PUTRAJAYA, 11 OGOS: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak berperikemanusiaan oleh Israel ke atas Sekolah al-Tabin di Bandaraya Gaza pada Sabtu yang mengorbankan lebih 100 rakyat Palestin yang berlindung di situ.
JEDDAH, 8 OGOS: Dalam mesyuarat tergempar pada Rabu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh minggu lalu.
GAZA, 6 OGOS: Kira-kira 10,043 pelajar Palestin terbunuh dan 16,432 yang lain cedera sejak bermulanya pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat pada 7 Okt tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan Palestin.
GAZA, 4 OGOS: Pasukan pendudukan Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam 24 jam terakhir, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 33 orang Palestin dan kecederaan kepada 118 yang lain, menurut sumber perubatan.
ANKARA, 4 OGOS: Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin terbunuh dan lebih 18 yang lain cedera pada Ahad dalam serangan Israel yang menyasarkan khemah penduduk di sebuah hospital di tengah Semenanjung Gaza, kata pejabat media kerajaan, lapor Agensi Anadolu.
ANKARA, 3 OGOS: Syarikat penerbangan dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Asia menggantung penerbangan ke Israel dan Lubnan berikutan perkembangan terkini di Timur Tengah yang membimbangkan dari segi keselamatan.
TEHRAN, 1 OGOS: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berkata adalah menjadi kewajipan bagi Iran untuk membalas dendam atas pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
GAZA, 30 JULAI: Kumpulan Hamas pada Isnin menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghalang usaha untuk mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
GAZA, 22 JULAI: Berhadapan risiko kelaparan yang semakin meningkat di Gaza telah mendorong petani berpengalaman, Yousuf Abu Rabea, untuk memulakan ladang di atas bumbung sambil mempersiapkan tanah pertanian yang rosak akibat perang.
SEPANG, 21 JULAI: Mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadual Rabu ini akan memutuskan langkah Malaysia seterusnya dalam mengecam Israel, susulan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
SERDANG, 14 JULAI: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel terhadap kem pelarian al-Mawasi semalam, yang mengorbankan nyawa orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.
BANDARAYA GAZA, 8 JULAI: Beribu-ribu rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan di barat daya Bandaraya Gaza apabila tentera rejim secara mengejut menyerang mereka buat kali pertama dalam tempoh lebih tiga bulan.
GAZA, 7 JULAI: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.